Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: "Jika kamu
menyedari seorang lelaki berulang-alik ke masjid,
saksikanlah bahawa dia mempunyai keimanan. Bukankah orang beriman yang mampu membuat perubahan menyeluruh di dunia? Orang beriman yang dimaksudkan bukan hanya dalam hati, tetapi dilaksanakan dalam amalan. Integriti dibina dalam dirinya. Tiada siapa yang memerhatikannya ke masjid atau tidak. Seruan ke masjid ini lebih berat kepada individu lelaki. Wanita lebih digalakkan solat di rumah - walaupun tidak dilarang solat di masjid jika tidak menimbulkan fitnah. P/S Tip ini bermanfaat? Jika ya, sila forwardkan kepada rakan anda untuk mendapat ganjaran pahala amalannya
SURAU ASY-SYAKIRIN AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGONG SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH: 16 MEI 2009
MASA: 9.15 MALAM ( SELEPAS SOLAT ISYAK)
TEMPAT: SURAU ASY-SYAKIRIN BANDAR PERDANA
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT PENDUDUK BANDAR PERDANA SEKSYEN 8 DAN SEKSYEN 9, FASA 2,3,4 DAN 6 DI JEMPUT HADIR.
IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut? Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:43 AM
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.
Zamri Kecik's
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430H ini. Alhamdulillah, hari ini dah bersamaan dengan 1 Muharram 1430H. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makkatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah.
Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Pemimpin Harus Rampas Harta Rakyat Menurut Islam Oleh :Zaharuddin Abd Rahman Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus. Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?. SEJARAH PANDUAN Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah pada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah. Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil. Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka. Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai. Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :- 1) Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu. 2) Rayuan dan rundingan bersama pemilik. 3) Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama. 4) Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin. Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :- يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum" SEBAB ITULAH .... Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat. Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian ‘kepentingan awamnya'. MALANGLAH... Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah? Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya. Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya. Sekian Zaharuddin Abd Rahman Rabat, Morocco 4 April 2009 Mencari Permata Dicelah Pepasir Dalam artikel sebelum ini, saya telah mengutarakan kisah Nik Nur Madihah dan bagaimana kejayaannya dicapai walau dalam di ketika serba kekurangan dari sudut material. Sebagaimana yang dapat kita agak, berpusu-pusulah bantuan tiba. Ramai juga yang berasa bersalah membiarkan beliau sekeluarga tinggal di rumah sedemikian rupa. Saya difahamkan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz telah menghadiahkan sebuah rumah buat Madihah sekeluarga. Dan banyak lagi bantuan sama ada terus kepada keluarga atau khas buat Madihah melalui tawaran biasiswa oleh pelbagai institusi. Namun, Madihah mendapat bantuan ini hanya setelah KEJAYAANNYA YANG LUAR BIASA. Di luar sana masih ramai pelajar cemerlang tetapi tidak luar biasa yang belajar dalam serba kekurangan, mereka juga tulus, bersungguh dalam pelajaran sama ada di peringkat menengah, universiti atau ijazah lanjutan yang tercabar dan terhalang dek kekurangan bantuan kewangan. MENUNTUT ILMU DAN HALANGAN KEWANGAN Saya masih ingat ketika di Jordan, saya hanya memperolehi bantuan zakat daripada sebuah institusi dan seorang penderma budiman. Peluang pengajian di Jordan tidak saya sia-siakan, saya TIDAK SESEKALI akan merasa cukup dengan pengajian rasmi di dalam kelas. Justeru saya mula berusaha mencari dan berusaha mendapatkan tunjuk ajar syeikh-syeikh di luar kelas rasmi. Akhirnya saya berjaya melalui beberapa cara iaitu :- 1) Saya sendiri mengasaskan satu kuliah talaqqi di RUMAH SEWA SAYA iaitu dengan mengambil inisiatif menjemput Syeikh Prof. Dr Mohammad ‘Uqlah el-Ibrahim untuk membuka dan mengajar kitab ‘Al-Mughni' yang dikarang oleh Imam Ibn Qudamah. Kemudiannya saya menjemput pelajar-pelajar Malaysia lain turut sebagai murid, turut serta adalah pelajar Indonesia dan Thailand. Gembira apabila rumah saya menjadi markaz ilmu!. Mujurlah Prof ini amat dahsyat sedeqah jariahnya sehingga kelas di rumah saya boleh berjalan tanpa perlu kami membayar satu sen pun kepada beliau. Kami merinduimu wahai Syeikhuna.. 2) Tidak puas hati dengan kelas tersebut sahaja, secara individu saya bertemu dengan Syeikh Prof Dr ‘Uqlah di pejabatnya dan meminta untuk dibuat sesi pelajari kitab secara khusus. Alhamdulillah syeikh setuju, dan sempat saya mempelajri kitab Naylul Awtar karangan Imam As-Syawkani dan juga Al-Muwafaqat karangan Imam As-Syatibi secara bersendirian dengan guru ini. Sekali lagi bertuah saya apabila kelas khusus tambahan ini juga dibuat secara percuma oleh Syeikh. Kelas ini adalah dalam walking distance dari rumah saya. Justeru, tiada kos diperlukan. 3) Tidak cukup dengan itu, saya pada masa yang sama mencari Syeikh lain untuk kami mengambil manfaat darinya. Lalu hasil pertemuan saya dengan Syeikh Dr Muhammad Faleh, pakar Fiqh Mazhab Syafie. Beliau setuju dengan permintaan saya untuk menganjurkan kelas talaqqi khas dengan pelajar Malaysia. Kitab yang kami buka kali ini adalah ‘Mughni al-Muhtaj' karangan Imam Khatib As-Syarbini. Kelas ini dibuat di luar jarak berjalan kaki dari rumah saya dan rakan-rakan Malaysia. Kami terpaksa sama ada menaiki bas dan balik menaiki teksi yang melibatkan kos, kosnya bukan banyak tetapi selaku pelajar yang cukup-cukup makan bantuannya, hanya sekitar JD 1 untuk tambang pergi dan balik (1 Jordan Dinar = RM 5.35 di waktu itu) adalah besar. Ini menjadikan kelas ini semakin sikit penyertaan pelajar Malaysia dan akhirnya terhenti. Amat malang kami disebabkan kekurangan beberapa ringgit kami gagal menambah ilmu kami. Itulah yang berlaku.. 4) Kemaruk ilmu terus melanda saya, lalu saya berusaha mencari kelas di kawasan sekitar Irbid, dan saya menjumpai kelas yang dikendalikan oleh bekas Mufti, iaitu Syeikh Dr Nuh al-Qudah. Kelasnya membuka dua buah kitab, iaitu kitab Nurul Yakin untuk pengajian Sirah Nabawiyyah dan sebuah kitab Fiqh Syafie, Hasyiah Al-Bujairimi. Namun untuk ke kelas ini memerlukan kenderaan, sekali lagi budjet kecil sekitar 1 Dinar diperlukan untuk teksi pergi dan balik. Kesempitan belanja menjadikan saya hanya sempat menghadiri kelas beliau beberapa kali sahaja. 5) Usaha saya diteruskan dan dengan izin Allah swt, saya berjaya menghadiri kelas ulama besar tanpa sebarang kos pengangkutan, ini kerana dengan taqdir Allah swt, dua orang ilmuan terulung tafsir di Jordan dan Mesir, mengajar subjek tafsir untuk pelajar PhD di Univeristi Al-Yarmouk. Saya tidak melepaskan peluang untuk meminta izin dari dekan dan kedua-dua guru terbabit untuk menjadi mustami' ( pelajar pendengar tanpa exam), dua guru tersebut adalah Syeikh Prof. Dr Fadhal Hassan Abbas (Jordan), dan Syeikh Prof. Dr Ibrahim al-Khalifa (yang dipinjamkan dari Universiti Al-Azhar). Untuk makluman, kedua-dua syeikh hebat ini cacat penglihatan tetapi amat cerah mata hati dan aqal. Kedua-dua kelas ini tidak melibatkan sebarang kos buat saya. 6) Saya turut menjadi pelajar tidak rasmi dalam kelas seorang lagi professor Shariah yang didatangkan dari Universiti Al-Azhar ke Univ. Al-Yarmouk iaitu Prof. Dr Abd Fattah Idris. Alhamdulillah ia juga tida melibatkan sebarang kos. 7) Habis kawasan Irbid dan Univ. Al-Yarmouk saya terokai, kini saya mencari syeikh-syeikh di kawasan Amman, Jordan pula. Masalahnya Amman berada sekitar 80 km dari Irbid, dan kos pengangkutan bas pergi balik Irbid-Amman-Irbid adalah sekitar 2 Dinar. Dengan izin Allah swt, Syeikh Dr Solah Abd Fattah Al-Khalidi memulakan dua pengajian talaqqi di Masjid Sweileh. Beliau membuka kitab Tafsir At-Tabari yang beliau telah ringkaskan dan juga kitab Syarah Aqidah At-Tohawiah. Bagi membolehkan saya turun setiap minggu pada hari khamis untuk kelas ini. Kos sebanyak 2-3 Jordan Dinar diperlukan, walaupun jumlahnya kelihatan kecil tetapi ia besar buat saya khususnya bekeluarga dan mempunyai dua orang anak di ketika itu. Selain itu, kelas Syeikh Muhaddith Syu'aib al-Arnout turut saya hadiri, kelas tafsir al-Qurtubi dan juga kelasnya berkenaan ulum hadith. Namun saya gagal untuk terus komit dengan kelas ini disebakan kos untuk menghadirinya lebih mahal kerana ia memerlukan beberapa buah pengangkutan awam untuk sampai ke tempat kuliah. Hasilnya, terhalanglah niat saya untuk menuntut kerana kekurangan beberapa ratus ringgit wang pengangkutan yang diperlukan secara bulanan. 8) Diringkaskan kisah, saya bertemu dengan Syeikh Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi di Jordan dan Mesir. Pertemuan di Jordan secara individu (in person, face to face) memungkinkan saya untuk memohon kepada beliau untuk saya duduk bertalaqqi secara khusus dengannya di Qatar. Walaupun di awalnya beliau menolak kerana kesibukan, tetapi akhirnya beliau bersetuju. Namun rancangan saya terpaksa dibatalkan kerana halangan kewangan. Khususnya diketahui kehidupan di Qatar amat mahal. 9) Dengan sisa-sisa baki simpanan yang masih ada saya menziarahi Mesir, dan sempat masuk kelas talaqqi oleh Syeikh ‘Imad di Jami' al-Azhar, beliau ketika itu sedang mengajar kitab Hasyiah al-Bujairimi as-Syafie. Sempat bertemu secara khusus hasil bantuan rakan-rakan PMRAM dengan Syeikh Mufti Dr Ali Al-Juma'ah, juga sempat secara peribadi bersama Ustaz Anhar Opir, bertandang ke rumah Syeikh ‘Atiyyah Saqar rahimahullah (bekas ketua lajnah fatwa azhar)bertemu dan berdiskusi dengan beliau. 10) Sebelum pulang ke Malaysia, saya bercadang untuk menuntut satu atau dua minggu di Syria bersama Syeikh Dr Ramadhan al-Buti, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili dan ramai lagi ulama Syria, jadual waktu dan tempat pengajian turut sudah berada di dalam tangan saya. Namun terpaksa saya batalkan di saat akhir SEKALI LAGI kerana kemampuan kewangan yang amat terhad. Ringkasan kisahnya, sememangnya wang tidak boleh menjadi matlamat tetapi sebahagian matlamat boleh terganggu tanpa alatnya, salah satu alatnya adalah wang. Begitu banyak kerugian yang saya rasai akibat tidak mampu dan tidak sempat menambah ilmu kerana halangan kewangan. Pastinya ramai yang merasa pedih seperti saya di luar sana. INDIVIDU LAIN : KEPERITAN YANG SAMA Setelah pulang ke Malaysia, bekerja dan berpendapatan sederhana dan baik. Saya amat faham dan terasa apabila mengenangkan sukarnya saya untuk belajar dahulu disebabkan tekanan kewangan. Hasilnya, melalui kenalan jutawan melayu islam yang baik-baik, dapat saya kumpulkan beberapa jumlah bantuan, dan saya salurkan terus ke Jordan dan Mesir. Namun, penyaluran wang bantuan ini saya HADKAN hanya kepada mereka yang bersungguh dan rajin untuk belajar,bukan untuk sembarang pelajar di sana. Saya faham dan mengerti, ramai pelajar Malaysia yang berada di Jordan, Mesir serta Syria khususnya (yang saya ketahui), mereka berada di sana bukanlah untuk belajar tetapi sebenarnya adalah untuk ‘bermain', mereka balik bukan untuk menjadi ulama tetapi untuk ‘menyemak' atau menjadi ‘penyemak'. Golongan sebegini, tiada prioriti untuk dibantu, Justeru itu, saya meminta dengan wakil persatuan di Jordan dan individu kenalan di Mesir untuk menyenaraikan sepuluh pelajar cerdik, rajin, bersungguh dan serius belajar tetapi miskin atau dalam keadaan kewangan yang meruncing, saya tumpukan saluran bantuan yang saya kumpul kepada mereka ini. Agar keghairahan mereka untuk mencari ilmu tidak terhalang sebagaimana yang saya rasai dahulunya ketika di Jordan. Amat perit dan masih dapat saya rasakan kerugiannya. BANTULAH Bayangkanlah, di tengah-tengah tumpuan ramai kepada individu cemerlang speerti Nik Nur Madihah, sebenarnya ribuan lagi individu cemerlang di sekolah menengah, universiti di dalam dan luar negara yang sedang merana dan terhalang perkembangan pengajian mereka akibat halangan kewangan. Jumlah yang mereka perlukan sebenarnya tidak banyak, hanya sekitar RM 100-300 sebulan untuk membolehkan mereka terus cemerlang dan berkembang. Persoalannya, prihatinkah kita terhadap golongan ini ? Amat perit apabila seorang yang cintakan ilmu terpaksa berjauh dengannya akibat halangan kewangan. Disebutkan di dalam sebuah hadis :- مَنْهُومَانِ لَا يَشْبَعَانِ طَالِبُ عِلْمٍ وَ طَالِبُ دُنْيَا Ertinya : Dua golongan pelahap yang TIDAK AKAN KENYANG , iaitu pecinta ilmu dan pecinta dunia ( Riwayat Al-Hakim ; bertaraf sohih lighayrihi dan disepakati oleh Az-Zahabi ; namun terdapat kritikan terhadap hadis ini ) Kepada institusi zakat dan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, jika anda ingin menderma, inilah kumpulan sasaran utama, hasil jariahnya bukan sedikit tetapi berterusan ke akhirat. Golongan sebegini perlu dicari dan bukan ditunggu kehadirannya meminta bantuan. Buat individu yang membantu saya sewaktu pengajian khususnya, sedarilah pelaburan anda itu telah menghasilkan paling tidak web ini yang ditatapi 3000-4000 orang setiap hari, dan beberapa buah buku, sesi ceramah dan kursus. Setiap ilmu saya yang dimanfaatkan oleh orang ramai, pastinya para penyumbang pengajian saya akan merasai nikmatnya di akhirat khususnya. Tahniah.. Namun pastinya masih ramai yang lebih baik dari saya dalam ‘proses in the making' di sekolah dan univeristi. Carilah mereka, ia seperti sebuah kaunter pelaburan yang berpotensi tinggi, hanya yang cekap mencarinya akan beroleh berlipat kali ganda untung. Teruskan usaha mencari dimanakah pelaburan hakikat wang anda, dermakna ia di tempat yang tepat, kepada individu yang tepat. Sekian Zaharuddin Abd Rahman 26 Mac 2009 29 Rabi'ul Awwal 1430 H SURAU ASY-SYAKIRIN AKAN MENGADAKAN CERAMAH MAULIDUR RASUL SEPERTI BERIKUT: TARIKH: 30.3.3009 HARI: ISNIN MASA: 9.15 ( SELEPAS SOLAT ISYAK ) PENCERAMAH: USTAZ MAT ISA BIN ABDUL RAHMAN PENCERAMAH RADIO KEDAH FM/PEG. PEJ. MUFTI KEDAH SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK. TARIKH: 21HB MAC 2009 ( HARI SABTU) TEMPAT: SURAU ASY-SYAKIRIN BANDAR PERDANA SEKSYEN 8, SUNGAI PETANI PENYERTAAN: RM 30.00 SEORANG (TERHAD KEPADA 60 ORANG PESERTA SAHAJA) UMUR: 11 THN HINGGA 15 THN BUTIR-BUTIR PROGRAM SEPERTI BERIKUT 8.00 – 8.30 PENDAFTARAN 8.30 – 10.30 CERAMAH MOTIVASI 10.30 - 11.00 SARAPAN PAGI 11.00 – 12.30 LDK 1 12.30 – 2.00PTG REHAT/ MAKAN TENGAHARI/SOLAT ZOHOR 2.00PTG – 3.00PTG LDK 2 3.00PTG – 4.00PTG LDK 3 4.30PTG – 5.00PTG SOLAT ASAR/ MINUM PETANG 5.00PTG – 6.30PTG RIADAH 6.30PTG – 8.00MLM HEMAH DIRI/MAKAN MALAM/SOLAT MAGHRIB 8.00MLM – 9.30MLM KULIAH MAGHRIB MOTIVASI/SOLAT ISYAK 9.30MLM – 10.30MLM MAJLIS PENUTUP BERSAMA IBU-BAPA/HI- TEA SERAMAI 6 ORANG FASILITATOR KHAS AKAN MENJALANKAN PROGRAM KHEMAH IBADAT INI. MAKAN-MINUM DAN ALATAN DISEDIAKAN OLEH PENGANJUR UNTUK PENYERTAAN SILA HUBUNGI: PUAN SURAYA H/P: 019-4045626 PUAN WATI H/P: 016-4737454 DARTAR PENYERTAAN DAN BAYARAN SELEWAT-LEWATNYA 19HB MAC 2009 ( KHAMIS) Sila respon di bhg blog. Bank Islam : Boleh Bagi Diskaun Atau Tidak ? Oleh : Zaharuddin Abd Rahman Ada pihak yang marah-marah dan mempersoalkan mengapa bank Islam tidak mewajibkan pemberian diskaun kepada pelanggannya apabila pembayaran awal penuh dibuat, sama ada hasil dari aset yang dimiliki dijual lalu jumlah pembiayaan diselesaikan oleh bank pihak yang membeli, atau diselesaikan secara tunai atau lump sump oleh pelanggan. Isu ini sedikit teknikal dan agak sukar juga untuk diterangkan kepada orang awam dalam tulisan pendek di web ini, ia jauh lebih mudah untuk saya terangkannya secara verbal. Namun demikian, bagi yang mencintai ilmu dan ingin mengetahui, saya cuba huraikan dan berusahalh untuk memahaminya sedaya mungkin. Dalam masa yang sama buangkan dahulu perasaan skeptik kepada perbankan Islam agar minda lebih mudah mencerna informasi yang diberi. Dengan minda sangka buruk dan terikat, penilaian dan kefahaman yang tepat akan sentiasa menjauh. Namun begitu saya yakin, ramai yang mengelak dari membaca artikel ini sehingga akhir kerana terasa sama ada kurang minat atau terasa kandungannya agak berat dan teknikal. Percayalah, perasaan sebegini adalah salah satu punca utama yang menjadikan umat Islam keterbekalang dan terus ‘buta' dalam ilmu perbankan dan tidak sudah-sudah terperangkap dengan kejahilan diri berkenaan isu dan hal ehwal perbankan, khususnya perbankan Islam. Hasilnya, terus menerus menjauhi perbankan Islam sehingga membantutkan perkembangannya. Yang lebih menyedihkan sengaja terjun dalam lembah perbankan haram yang menepis keberkatan dalam kehidupan dan kematian. KONTRAK BANK ISLAM MENGGUNA JUALBELI. Dalam transaksi jual beli secara Murabahah, BBA dan lain-lain produk pembiayaan perumahan dan lainnya yang berasaskan kontrak jual beli, apabila pihak bank telah menjual aset dengan satu harga yang dipersetujui bersama, pihak penjual dan pembeli tidak boleh sama sekali mengubah nilai harga yang telah sempurna kontraknya. Jika sesuatu harga itu boleh berubah-ubah, ia akan jatuh dalam hukum haram akibat ‘gharar' pada harga item yang dijual. Oleh kerana semua jenis kontrak jual beli yang memberikan kemudahan bayaran harga secara bertangguh, harga TIDAK BOLEH lagi diubah khususnya dinaikkan. Bagaimanapun ia boleh diturunkan NAMUN ia hanyalah tertakluk kepada keputusan dan budibicara pihak penjual. Dalam kes perbankan hari ini, penjual adalah pihak bank. Justeru, saya ulangi, harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :- · Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim. · Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan. Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :- الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1] Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :- ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis. [2] Antara hujjah yang digunakan bagi rebate ini adalah :- 1) Hadis Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai. Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud) 2) Ijtihad Sahabat Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :- ويجوز أن يقضي المقترض خيرا مما أخذ أو دونه برضاهما ولو بزيادة أو نقص في القدر أو الصفة من غير شرط ولا مواطأة Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak. [3] 3. Aqal Ia adalah tergolong dalam bab melepaskan hak (tanazul) sahaja menurut kaedah ( ضع وتعجل ) Unsur gharar yang ditakuti juga telah terhakis kerana objektif di sebalik pengharaman gharar adalah pergaduhan dan kezaliman, namun dalam hal ini pihak peminjam sudah tentu tidak akan menolak tawaran diskaun, manakala pihak pemberi pinjam pula redha kerana mengalu-alukan hutangkan dibayar dengan kadar segera. Apabila mafsadah di sebalik gharar telah dapat ditangani, justeru hukumnya kembali kepada harus. KESIMPULAN Para ulama silam dan kontemporari yang mengharuskan praktis ibra' atau rebate telah meletakkan syarat bahawa klausa ini tidak boleh dimasukkan di dalam kontrak Murabahah , namun demikian majlis-majlis Penasihat Syariah di Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia telah membuat resolusi yang lebih ringan apabila mengharuskan kluasa rebate di masukkan di dalam kontrak dengan syarat cara kiraan dijelaskan. Kesannya, pihak bank akan terikat untuk memberikan rebate kepada pelanggannya apabila pembayaran awal dilakukan. [4] Sekian Wujudkah Bank Islam di Zaman Nabi & Sahabat ? Terdapat banyak persoalan berkenaan asal usul bank dari perspektif Islam, ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal ini akan membuat kesimpulan tiada wujud sistem perbankan di zaman Nabi mahupun sahabat seperti yang wujud di zaman ini. Adakah penubuhan bank-bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran barat semata-mata, tidak bersih dari sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud.? Telah diterima di kalangan para ulama Islam, ciptaan-ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia ( iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubahsuai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam. Selain itu, bagi mereka yang menyelusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi s.a.w lagi dan zaman selepas itu, ia adalah seperti berikut :- 1) Khidmat Simpanan ( wadi'ah) oleh Az-Zubayr Al-'Awwam Ibn Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya. Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :- لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang. Hasil dari tindakan Zubaiyr ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama. Melalui tindakan Zubayr ini beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntunagn yang diperolehi oleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset, menurut Az-Zahabi takala Zubayr meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu juga meninggalkan hutang yang agak besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman. 2) Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Bin Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti credit transfer. Kesimpulan dari pendedahan ini terbukti bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat. Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :- a) Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :_ * satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar surplus unit. * Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit. Hasil dari wujud dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank islam sebagai orang tengah yang dipercayai ( kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain. b) Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbadning penjgaan oleh individu di rumah masing-masing. c) Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru, kewujduan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai. Ini hanyalah antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam. Sekian Zaharuddin Abd Rahman Terkini : Hukum ASB dan ASN Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit. Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah. Anda mungkin berkata, "SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT" Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya. Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini . Members of the SC's Shariah Advisory Council 1 JULY 2008 - 30 JUNE 2010 1. Tan Sri Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman (Chairman) 2. Tun Dato' Seri Abdul Hamid Haji Mohamad 3. Datuk Hj. Md Hashim Hj Yahaya 4. Sahibus Samahah Dato' Hassan Hj Ahmad 5. Dato' Dr Abdul Halim Ismail 6. Prof. Dr. Abdul Samat bin Musa 7. Dr Mohd Daud Bakar 8. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad 9. Assoc. Prof. Dr. Isma-ae Alee 10. Prof. Madya Dr. Shamsiah Mohamad Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat. (Tidak dapat dilampirkan) Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN. Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia. 2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB 3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya. Sekian, Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430H ini. Alhamdulillah, hari ini dah bersamaan dengan 1 Muharram 1430H. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makkatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah. Itulah Politik Tiada Malu Macam-macam boleh jadi dalam politik. Itulah kata-kata yang sering kita dengar apabila berlaku sesuatu yang pelik dalam perkembangan politik, sama ada politik di dalam Malaysia, mahupun di peringkat antarabangsa. ITULAH POLITIK Kelmarin diberitakan Iran melancarkan satelit mereka yang pertama, tujuannya adalah semata-mata untuk perkembangan komunikasi. Namun berita-berita di UK sudah bersangka buruk dengannya, dengan memberikan gambaran Iran akan menggunakannya untuk tujuan ketenteraan. Isu tenaga nuklear sudah lama dibincangkan. Peliknya, mengapa Israel dibenarkan menggunakan dan menyimpan senjata nuklear, demikian Amerika, dan lain-lain Negara besar dibenarkan tanpa banyak soal boleh menyekat kebebasan sebuah Negara lain seperti Iran dan Korea. Mudah jawapannya, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', orang kata ‘tidak adil' dan lain-lain. Apabila terang-terang, Yahudi Zionis melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh begitu ramai orang awam di Palestin. Mereka tidak dikutuk teruk, Presiden Obama dan sekutunya seolah-olah BUTA, dan terus mengemukan hujjah-hujjah yang kelihatan ‘amat kurang aqal' dan melucukan. Orang akan kata, ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan lain-lain. Apabila beberapa pemimpin dan ahli sebuah parti Islam yang menentang habis-habisan sebuah parti kebangsaan yang disebutnya kafir dan munafik. Tiba-tiba melompat ke parti yang dikatakan munafiq. Juga dengan ‘hujah tahap tadika'. Orang kata ..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil' dan ‘jilat ludah sendiri' dan lain-lain. Apabila seorang bekas ketua gerakan orang muda sebuah parti yang mendokong ‘perubahan' dan anti rasuah, dahulunya HEBAT ya AMAT HEBAT membantai beserta sumpah dan kotak-kotak bukti rasuah orang daripada parti yang ditentangnya. Tiba-tiba tidak semena-mena membawakan hujjah ‘tadikal lalu melompat kepada parti lawannya. Orang kata..ITULAH POLITIK!. Peduli apa orang kata ‘double standard', ‘tidak adil', ‘jilat ludah sendiri', ‘tiada maruah' dan lain-lain. Pedulilah apa orang nak kata. Seorang wakil rakyat melompat parti dari A kepada parti B, dalam tempoh beberapa hari, apabila dirasakan keadaan tidak selamat bagi dirinya, melompat semula kepada parti A. Dikemukan beberapa hujjah ‘t tadika' juga. Lalu dirasakan dirinya telah berjaya menjustifikasikan tindakan ‘beraqal tadikanya'. Orang kata, ITULAH POLITIK! Beberapa orang lagi, tidak melompat ke parti lain, tetapi melompat juga, melompat ke parti tiada cap. Diri sedang diteliti akibat kes-kes rasuah, termasuk rasuah seks. Tetapi seolah gentleman yang bijak pandai, menjustifikasikan tindakannya dengan hujah ‘tadika'. Tidak segankah mereka? Orang kata, ITULAH POLITIK! Tiada yang malu dalam politik? Semua boleh buat asalkan boleh manfaat untuk diri, peduli orang lain.? BODOH SANGAT RAKYAT DI MATA AHLI POLITIK? Tidak sedarkah individu-individu seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah versi ‘tiada aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dalam. Sedangkan manusia yang reti, faham dan ‘ada aqal', memandangkan dengan pandangan busuk. Orang busuk sedang berjalan, orang busuk sedang bercakap, sedang menghadiri mesyuarat. Kita kerap mengganggap POLITIK sebagai tiket atas segala kepelikan hasil perlakuan orang politik. Seeloknya, jangan lagi diletakkan beban dan sebab kepada POLITIK apabila ingin melakukan sesuatu yang TIDAK BERMORAL, TIADA MARUAH dalam industri politik. Beritahu sahaja sedemikian. "Saya rasuah sana sini, tipu sana tipu sini, buat ini, buat itu, lompat sana, lompat sini sebenarnya KERANA SAYA INI TIADA MARUAH, TIADA MALU DAN TAMAKKAN DUNIA " Amati sekali lagi bagaimana politik Khalifah Umar al-Khattab r.a dalam tulisan saya sebelum ini. Betul, banyak dilakukan atas dasar politik, tetapi politik yang didasari malu terhadap Allah swt dan sedar rakyatnya punyai hak besar untuk meneliti dirinya. Adakah ahli politik tidak perasan bahawa seribu satu macam jenayah mereka sebenarnya adalah 'open secret' di kalangan rakyat.? Cuma gagal di buktikan di mahkamah dunia sahaja, kerana itu masih bebas. Lihat sahaja rumah ahli politik sebelum dan selepas, padahal gaji dan elaun sebagai ahli parlimen Malaysia hanya sekitar RM 10,000 dan ADUN sekitar RM 8,000. Lihat pula rumah dan harta pegawai atasan kerajaan termasuk Polis. Cubalah jenguk dan tinjau rumah mereka dan lihat gaya hidupnya. Jika ada Umar al-Khattab, pastinya tercabut semuanya. KERAJAAN NEGERI PERAK Semasa saya menulis artikel ini, belum ada keputusan dari pihak Sultan sama ada untuk memperkenankan pembubaran DUN atau tidak. Namun, adalah sangat bijak jika diperkenankan pembubaran bagi menyapu bersih muka-muka yang tiada ‘malu' DENGAN PERLAKUAN SALAH MEREKA atau yang juga sedang merendahkan minda dan hak rakyat di negeri mereka. Sangat elok kiranya, rakyat diberi peluang semula untuk memilih pemimpin mereka agar individu tiada parti diganti dengan yang ada parti. Yang melompat-lompat diganti dengan yang tidak melompat. Amat diharap DUN boleh dibubarkan. Ia saya kira keputusan yang terbaik di mata pemerhati awam khususnya saya. Bagi saya, kes di Perak sebenarnya membuktikan betapa ‘TIDAK TAHU MALUNYA' sebahagian orang-orang politik di Malaysia. Seolah tidak lagi mereka mengendahkan perasaan, kebencian dan minda rakyat. Tiada lagi malu untuk berbuat apa sahaja atas nama politik. Yang penting boleh dijustifikasikan walaupun dengan hujjah tidak beraqal. INILAH POLITIK TIDAK TAHU MALU namanya dan politik hina dan membawa kepada kehinaan dan tiada maruah. Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :- إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja ( Riwayat Al- Bukhari) Dan satu lagi : الحياء خير كله Ertinya : Perasaan malu itu semuanya (membawa) kebaikan (riwayat Muslim) dan sebuah lagi hadis menjelaskan :- قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( استحيوا من الله حق الحياء ) ، قلنا : يا رسول الله إنا نستحيي والحمد لله ، قال : ( ليس ذاك ، ولكن الاستحياء من الله حق الحياء أن تحفظ الرأس وما وعى ، والبطن وما حوى ، ولتذكر الموت والبلى ، ومن أراد الآخرة ترك زينة الدنيا ، فمن فعل ذلك فقد استحيا من الله حق الحياء ) Ertinya : Ibn Mas'ud menceritakan : Rasul bersabda : berasa malulah dengan Allah SWT DENGAN sebenar-benar erti malu, sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah pun berasa malu itu Alhamdulillah, Baginda menjawab : Bukan demikian, tetapi malu kepada Allah swt yang sebenar-benarnya adalah dengan menjaga kepalamu dan setiap apa yang di dalam pemikiranmu, menjaga perutmu dan setiap apa yang diingininya, dan perbanyakkan ingatan kepada mati dan kehancuran, barangsiapa yang inginkan Akhirat, bakal meninggalkan perhiasan dunia (tidak ditipu dengan kepentingan dunia), seseiapa yang berbuat demikian seperti disebut di atas, mereka telah malu kepada Allah swt dan melaksanakan hak ‘malu' ( Riwayat At-Tirmidzi ) AKHIRNYA Akhirnya, buat diri saya dan semua warga Malaysia di mana jua kita berada, berperanan dalam apa jua jawatan dan kapasiti. Malulah dengan Allah swt, diri sendiri, orang ramai. malu dalam kejahatan, bukan malu untuk melakukan kebaikan. Janganlah bermain dengan POLITIK TAK TAHUN MALU!! Janganlah menjadikan tindakan TIDAK TAHU MALU sebagai strategi politik. Kerana ia memalukan kami untuk mempunyai pemimpin yang TIDAK TAHU MALU. Sekian Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net Mengapa yahudi bijak? bagus utk ibu mengandung Mengapa Yahudi Bijak? Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Pemimpin adil lagi beriman amat dirindui. Kita kerap kali menyebut berkenaan kehebatan Khalifah Umar bin Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah, sehinggakan masarakat bukan Islam turut mengetahui berkenaannya serba sedikit lalu menjadikannya role model dalam ucapan-ucapannya, saya berharap agar ia bukan hanya terhenti setakat di dalam ucapan sahaja dalam tindakannya. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah. Selain Umar Abd Aziz, kita juga adakalanya dapat membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a. Dalam tulisan ringkas ini saya ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya termasuk semasa menerima laporan dari rakyat terhadap perilaku gabenor-gabenor yang dilantiknya; ia amat baik dijadikan panduan dan inagtan bagi para pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat. Bagi mereka yang ingin mengambil pengajaran. KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam. Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya. Selain itu, Umar r.a turt melakukan lawatan mengejut ke ruamh pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah. Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a r.a :- a- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut "Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu" b- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya ( di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina agar itu kerana rumahnya berhampiran degan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut. c- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a. d- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata "barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas" e- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahgian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan "aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)" Umar r.a menjawab "Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya" Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semua bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN. Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya. KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya. Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khlaifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepaptunya prosedur di ketika itu adalah hukuman minum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai. Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut :- "engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain), ...Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt" KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut:- a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt. b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta. c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah. Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :- "Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku" Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah" Kahlid membalas : "selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku" Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah. Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a, "Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku" Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya: "Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya" Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis. Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu. Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu.. Sekian Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya. Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.” Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram. Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka. Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!. • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa', • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa'; • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa'; • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa'; • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa'; • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa' • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa'; • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa'; • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa'; • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' Peristiwa 10 Muharram 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya : 1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya 2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram 3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram 4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram 5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram 6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram 7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram 8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram 9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram 10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram 11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram 12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram 13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram 14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram 15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram 16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram 17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram 18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s. 19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram 20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram 21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram 22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram Peristiwa lain 1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram 3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah. 5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 6. Allah menjadikan 'Arasy. 7. Allah menjadikan alam. 8. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu. Sufyan berkata; Telah kami Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa. Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. 1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s. 2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s. 3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s. 4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api. 5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s. 6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit 7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. 8. Allah menenggelamkan Fir'aun 9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan 10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat. 1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi. 2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk. 3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain. 4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah) 5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah. 6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun. 7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban. 8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari. 9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa. Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama; Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim) Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar) Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim) Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim) Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari) Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi 2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram. Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram). Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali. Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan: 1. Malam Awal Muharram 2. Malam 10 Muharram 3. Malam Awal Rejab 4. Malam 15 Rejab 5. Malam 27 Rejab 6. Malam 15 Sya'ban 7. Malam Arafah 8. Malam 1 Syawal 9. Malam 10 Zulhijjah 10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29) Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut: a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa." "Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah" "Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut." "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" . Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah Wallahu Alam. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430H ini. Alhamdulillah, hari ini dah bersamaan dengan 1 Muharram 1430H. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Makkatul Mukarramah ke Madinah Al Munawwarah.CERAMAH MAULIDUR RASUL 1430H
Program Khemah Ibadat Anjuran Bersama Surau Asy-Syakirin Dan KRT Bandar perdana Seksyen 8
Shariah Legal Adviser
Shariah Section, Advisory Division
Attorney General's Chambers
Former Chief Justice of The Federal Court
Malaysia
Very Distinguished Academic Fellow
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
International Islamic University Malaysia
Mufti of Penang
Executive Director
BIMB Securities Sdn Bhd
Dean, Faculty of Shariah & Law
Islamic Science University of Malaysia (USIM)
President/CEO
Amanie Business Solutions Sdn Bhd
Lecturer
Law Faculty
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Director
College of Islamic Studies
Prince of Songkla University, Pattani Campus, Thailand
Lecturer, Department of Fiqh and Usul
Academy of Islamic Studies
University Malaya Keberkatan di Awal Muharram
Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan
beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang
orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.
Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika
mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah
buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali
genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem focus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa
senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute
tinggi di Politeknik dan Universiti.
Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan
ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk
Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi
pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan
bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut
landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY,
Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan
jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.
Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?
Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal
ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak
zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg
ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya
memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri
tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg
telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM
Keberkatan di Awal Muharram
Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)