Surau Asy-Syakirin Bdr. Perdana

Seksyen 8, Sg. Petani

Blog

BULETIN الحضارة~*BIL:33/Safar 1430 AL-HADHARAH

Posted by Surau Asy Syakirin at 03:10 AM on February 26, 2009

Kenapa Ummah Mabuk Kerana Beruk Berayun?

 

Maza ya`ni intima `i lil Islam ? Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam Islam? Maha Sempurna Allah dan Maha Mengetahui sekelian yang di langit dan di bumi. Demi Zat yang berkuasa yang tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Selawat dan salam penghormatan kepada al-amin Nabi Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat Baginda yang diredhai semuanya.Tidak dilupakan kepada semua saudara-saudara seIslam muslimin dan muslimat semoga dirahmati Allah swt hendaknya.

 

 

Terlebih dahulu saya memohon maaf di atas kelewatan dan keuzuran keluaran kali ini. Sifat manusia sebagai makhluk yang lemah tidak sunyi dari kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi pelbagai tribulasi perjuangan mustada`fin ini. Ketika saya membelek-belek kembali buku-buku fikrah zaman muda-muda dahulu, saya terambil buku karangan as-Syeikh Fathi Yakan yang cukup popular kepada anak-anak muda pada lewat tahun 70an dan awal 80an.

 

 

Antara saripatinya:-

 

1- Saya mestilah Muslim dari sudut aqidah (Kefahaman & Fikrah).

 

2- Saya mestilah Muslim dari sudut ibadah (Ibadah khusus & umum).

 

3- Saya mestilah Muslim dari sudut akhlak (Muamalah & Aktiviti).

 

4- Saya mestilah Muslim dari sudut keluarga (Biah / Persekitaran)

 

5- Saya mestilah dapat menguasai diri sendiri (Termasuk yang dibawah tanggungjawab kita).

 

6- Saya mestilah meyakini bahawa masa depan yang gemilang adalah untuk Islam.

 

 

Secara ringkasnya, apabila kita telah redha al-Islam menjadi anutan atau agama kita maka kita akan dilihat serta terlihat berbeza dari manusia dan masyarakat sekeliling yang belum menerima Islam atau belum  bersama kita. Islam yang bertapak kukuh dalam diri muslim akan menjadikan kita melihat masyarakat sekeliling yang belum menerima risalah Islam begitu rugi yang serugi-ruginya dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Kita pun sedia maklum bahawa mereka yang belum Islam pun sedang melihat kita dalam `kerugian` kerana kekurangan atau ketinggalan dalam pencapaian materialistik. Sebenarnya itu tidaklah menggusarkan kita kerana kita berada dalam kedudukan hanya terkesan apabila ukuran atau nilaian Allah swt yang dipakai.

 

 

Ukuran materialistik atau yang bersifat kebendaan semata-mata bukanlah menjadi kayu pengukur kepada kebenaran sesebuah perjuangan Islam, biar di zaman ummat Islam belum menguasai ataupun setelah berjaya mentadbir dunia ini. Dalam permasalahan ini saya teringat dialog seorang Yahudi dengan Saidina Ali karramallahu wajhah, Si Yahudi ini telah sekian lama mencari peluang untuk mencabar keyakinan Saidina Ali (ummat Islam). Kata Si Yahudi itu kepada Saidina Ali, `Kamu sungguh taat dan rajin berbuat ibadat (amalan kebaikan) menjalankan perintah Allah, bagaimana sekiranya apa yang kamu lakukan semua itu tidak mendapat apa-apa pun balasan nanti, kerana tidak ada pun kehidupan selepas mati.` Lalu Saidina Ali menjawab dengan selamba sahaja, `Tak apa, tak dapat balasan pun tak apa! Kami tidak rasa rugi apa-apa pun kerana kehidupan yang baik kami lalui ini. Tetapi bagaimana pula bagi kamu nanti apabila kamu mati nanti, ternyata betul adanya kehidupan yang kami nyatakan itu, adanya balasan di akhirat?`  Ternyata Si Yahudi itu tidak dapat menjawabnya…kelu seribu bahasa. (maaf mengikut susunan bahasa penulis sendiri)

 

 

Dalam apa keadaan sekali pun ummat Islam sepatutnya mempunyai pendirian dan pandangan tersendiri tentang kehidupan ini. Lebih-lebih lagi kita mempunyai sumber kebenaran yang sah tidak dapat disanggah oleh semua manusia atau jin yang tidak beriman itu (al-quran & al-hadith serta sumber-sumber yang berkembang dari kedua-dua tersebut). Apabila kita bersiasah (berpolitik), insyaAllah siasah kita ialah siasah syarieyyah yang berbeza sama sekali dengan amalan atau kelakuan politik yang dunia hari ini mengenali dan diperkenalkan.

 

 

Siasah syarieyyah membawa bersama perilaku dan akhlak Islam semasa sunyi atau semasa ramai. Siasah syarieyyah membina peribadi dan masyarakat muslim untuk penghayatan Islam dalam kehidupan semasa (sekarang). Perjuangan yang menggerakkan siasah syarieyyah ialah perjuangan berteraskan aqidah Islamiyyah yang menuntut perbezaan dengan jahiliyyah (kebatilan). Jadi apa yang peleknya kepada kita (ummat Islam) jika segala tindak tanduk, muamalah kita akan berbeza dengan kelompok luaran kita…! Kerana itulah keistimewaan dan keunikan Deen Islam kita. Lakum deenukum waliya deen.- bagi mereka  agama, cara hidup, budaya hidup mereka, bagi kita agama, cara hidup dan budaya hidup kita yang perlu dipertahankan dan dikembangkan.

 

 

Saya berkesempatan berbincang dengan seorang aktivis ummah semasa pada suatu ketika, katanya tahukah kita bahawa para pembesar Quraisy sebelum kenabian Muhammad saw sebagai Rasul, mereka setiap hari berkumpul dan berbincang berkaitan hal-hal kehebatan, kemegahan dan kekuasaan yang mereka miliki berbanding antara satu sama lain. Itulah rutin kehidupan jahiliyyah mereka waktu itu dan itulah juga rutin masyarakat Mekah serta jahiliyyah seluruhnya.

 

 

Tetapi sebaliknya telah berlaku satu `letupan` yang besar (minda & aqidah) apabila Nabi Muhammad saw diutuskan menjadi Rasul dan mula menyampaikan risalah Islam kepada ummat manusia. Segala kehebatan, kemegahan dan kekuasaan bukan lagi issu utama diskusi pembesar Quraisy selepas itu tetapi topik mereka mula berubah kepada… apa pula yang dikatakan dan disampaikan oleh Muhammad saw hari ini. Itulah tajuk-tajuk utama `akhbar` jahiliyyah ketika itu.

 

 

Itulah keaslian uslub dakwah Rasulullah saw yang sepatutnya tidak jauh dari kaedah dakwah serta perjuangan kita sekarang. Kita tidak perlu membuang masa asyik melihat kelakuan `beruk-beruk` yang terhegeh-hegeh itu. Mabuk kerana beruk berayun! Kita bergerak dan berjuang menyelamatkan ummah dan manusia seluruhnya supaya tidak terkena `kenan` beruk atau mengikut perangai beruk (jahiliyyah). Jangan menjadi lebih teruk lagi sanggup pula berkawan dan berjuang bersama-sama sekawan beruk menjulang dan memastikan kemenangan mereka pula. Apa yang ummah akan dapat dari `kebaikan` beruk yang tidak tahu memanjat kelapa dan mencari kutu?

 

 

Lebih malang lagi apabila kelakuan beruk yang suka bersekedudukan dan tidak berpakaian menjadi rakan perbincangan dan pentadbir negeri ummah Islam. Apa kata beruk… I have done nothing wrong !..dari segi undang-undang rimba memang betul. Tetapi kenapa rakan ummah kita pula yang berkata itu hak dia, dia bukan Islam, tidak menjadi kesalahan kepada mereka berzina. Saya syorkan kepada semua ummah dan termasuk juga rakan-rakan kita tersebut yang begitu bernafsu sekali untuk mentadbir dunia supaya merenungi maksud hadith Nabi berikut;

 

 

Apabila kamu memilih kawan pilihlah orang yang menjual minyak wangi dan elakkan berkawan dengan tukang besi. Jika kamu tak diberinya minyak wangi sekurang-kurangnya kamu mendapat haruman bau-bauannya juga. Bagi tukang besi jika kamu tak terbakar dengan nyalaan apinya pun, bau asap dan hangitnya akan mengenai dirimu juga.

 

 

Dan tidak pula menjadi kesalahan untuk kita menilai kata-kata ini; The difference between failure and success is, doing a thing nearly right and doing a thing exactly  right! Sekian dahulu untuk kali ini sebagai muhasabah bagi tujuan kebaikan ummah bersama, wallahu`alam. Dari Ibnu Ramadhan.

 

 

``qulil haq walau kana murron``

 

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

 

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 1504, Lorong Hj Abdullah Lebai Mat, Pongsu Seribu 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

 

Categories: None

Post a Comment

Already a member? Sign In

0 Comments

Selamat Datang

ASY-SYAKIRIN CATERING

Sedia Menerima Tempahan Jamuan Untuk Pelbagai Majlis

  • Pelbagai citarasa masakan
  • Khemah serta kerusi meja
  • dll

Hubungi segera ditalian:

 012-4309860

(En. Juhari Ismail)

 

012-5584107

(En. Taqiyudin)

Ingin Membuat Amal Jariah?

Anda ingin memberi sumbangan ?
Sumbangan anda boleh dibank in terus ke

Akaun Surau Asy-Syakirin

Nama Akaun Bank : Bank Islam
Cawangan Bank : Kepala Batas, Pulau Pinang
No akaun semasa :

0704301-1011113

Newest Members

mukhtarhashimabufatin@yahoo.com 

Recent Blog Entries

by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments

Upcoming Events

Thursday, Jan 7 at 7:30 pm
Sunday, Jan 10 at 8:00 pm
Wednesday, Jan 13 at 8:00 pm
Friday, Jan 15 at 7:30 pm

Recent Photos

Recent Videos

No new videos