Category Options
Add Category Edit Heading Group Move Up Move Down

Surau Asy-Syakirin Bdr. Perdana

Seksyen 8, Sg. Petani

Forums

BULETIN الحضارة~*BIL:30/Muharram1430

 

     AL-HADHARAH

 

Status-quo `Jembalang` Yang Menghantui Ummah

 

Yaa Siin wal Quranil hakim… Maha Perkasa Allah dan Maha Mengetahui sekelian yang di langit dan di bumi. Demi al-quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh. Selawat dan salam penghormatan kepada al-amin Muhammad saw, kaum keluarga dan para sahabat Baginda yang diredhai semuanya.Tidak dilupakan kepada semua saudara-saudara seIslam, semoga dirahmati Allah swt hendaknya.

 

Kehidupan ummah ini berjalan, terhenti, berkembang, terencat, bergerak dan menuju atau berpecah ke pelbagai arah yang ummah sendiri kadang-kadang kebanyakannya tidak begitu faham dan mengetahui dengan baik akan natijahnya. Namun situasi yang sedemikianlah selama ini mewarnai dan menguasai pemikiran serta kehidupan ummah. Secara sedar atau tidak kita terpaksa menelan segala keperitan dan kemelut ini berlarutan…. berpanjangan…….

 

Telah menjadi `mangli` (biasa) ummah diperdengarkan dengan 70, 71, 72 atau 73 golongan ummat yang berpecah ! Malahan realitinya lebih dari itu lagi perpecahan di sekeliling kita waktu ini. Satu persoalan mungkin timbul, tidak adakah usaha atau inisiatif untuk mengurang atau mengecilkan perbezaan tersebut?

Tidak dinafikan ada usaha kelompok-kelompok ummah menubuhkan persatuan atau jamaah bagi tujuan mengatasi permasalahan tersebut, namun tidak kurang juga yang menambah dan meruwetkan lagi persoalan yang dihadapi.

 

Setelah sekian lama masa yang terluang, salah satu sebab utamanya ialah `status quo` kelompok-kelompok ummah itu sendiri yang terbina umpama tembok yang memisahkan antara satu sama lain. Ummah sebenar seperti tersepit di celah-celah kewujudan tembok maupun `bangunan` status quo yang berantakkan. Lebih malang lagi apabila ummah bawahan, marhaen, mustad`afin, fuqara` wal masakiin  diabaikan malah tersisih……merempat….   terpaksa bertarung menyelamatkan kehidupan ummah itu sendiri dalam dunia yang tidak memandang mereka sebagai manusia lagi kecuali sebagai `hamba perbudakan`, pengguna akhir, pembeli atau `bahan-bahan` awet untuk mengekalkan status quo kelompok-kelompok tadi.

 

Tidak mustahil dan bukan sesuatu yang pelek, jika ummah bawahan itu sendiri bangun menyusun dan memperjuangkan akan untung nasib mereka sendiri dalam kehidupan yang fana ini. Saya percaya mereka lebih berkemampuan dari kelompok-kelompok yang telah sedia ada kerana mereka rata-ratanya duduk sama taraf, berdiri tidak ada yang akan mengatakan ` engkau lebih tinggi ! lalu engkau kena berdiri di tempat tinggi.` Mereka lebih mampu untuk bingkas bangun dan pantas menghidu bahaya malapetaka, malah yang lebih meyakinkan saya ialah mereka lebih peka dan sensitif  kepada seruan atau cahaya kebenaran. Kerana mereka tidak menggalas apa-apa bebanan atau liabiliti dalam kehidupam selama bertahun-tahun ini.

 

Jika golongan ini mendapat sedikit habuan dunia mereka akan mengagihkan atau mengutamakan kepada yang tidak pernah merasa di kalangan mereka. Mereka tidak perlu lagi membina status quo yang baru yang akan menyempitkan lagi kehidupan anak cucu ummah sendiri. Mereka tidak perlu menjaga hati golongan berdarjat kerana takutkan mereka murka, lalu tidak mendapat darjah kebesaran gelaran darinya. Persetankan mereka, selama ini ummah melarat terpaksa menjunjung mereka sebagai ketua `agama` sedangkan Deenul Islam tidak mengizinkan sedemikian rupa.

 

Para mufti dan cerdik pandai agama sudah menjadi pekerja (abdi) ataupun burung kakak tua, tidak mahu lagi memikul amanah agama tetapi sanggup pula memikul amanah penguasa dunia, gaji haknya, elaun diterima, kemudahan-kemudahan disapunya dan peluang-peluang pula, siapa yang cepat dan rapat dialah yang punya.

Ummah ! ya ! ummah bagaimana ? aaahh! tidak ada dalam kepala mereka apa itu perjuangan ummah, perjuangan Islam, perjuangan Nabi dan Rasul membebaskan golongan ummah kebanyakan. `Perjuangan` atau slogan ummah hanyalah dalam sambutan hari-hari kebesaran kalendar Islam. Mereka tidak takut kemurkaan Allah swt Penguasa dan Pencipta mereka, tetapi lebih menjaga segala kepentingan diri dan mengujudkan comfort zone spesis sendiri.

 

Apa khabarnya kelompok ummah yang kononnya memperjuangkan Islam yang syumul selama ini, untuk menegakkan keadilan Islam, menegakkan pendidikan Islam, menegakkan kebudayaan Islam, menegakkan aqidah dan hukum-hukum Islam. Ooh.. rupanya sekali lagi keikhlasan dan harapan ummah marhaen dipermain dan digadaikan untuk status quo mereka sendiri. Ummah sendiri sebenarnya selama ini terpesona dengan slogan dan kerja buat mereka lalu berhempas pulas membina perjuangan bersama-sama, rupanya binaan status quo `liberty` mereka yang muncul akhirnya.

 

Ummah terlupa bahawa perjuangan Islam tidak pernah membina bersamanya status quo- status quo mana -mana kelompok atau darjat. Hatta Nabi saw pernah bersabda ` Jika Fatimah Binti Muhammad (saw) mencuri nescaya akan aku potong tangannya.` Jelas tidak ada kelebihan kaum kerabat atau pilih kasih dalam kehidupan Islam. Nabi saw juga pernah menegur dan mengingat ummat Islam dahulu bahawa ummat-ummat yang sebelum kamu runtuh atau musnah kerana apabila golongan yang bangsawan mereka melakukan kesalahan atau kezaliman, mereka dilepaskan ataupun dibiarkan sahaja dalam bahasa mudah, buat-buat tak nampak jangan kacau status quo kami sudah……. 

 

 

Kesimpulannya mereka yang berada di dalam status quo masing-masing akan mempertahankan status-status mereka sahaja wahai saudara ummahku. Apabila kedudukan mereka terancam mereka akan mengajak dan menyeru ummah mempertahankannya, tetapi apabila kedudukan ummah seperti kita yang marhaen, tertindas, miskin dan tidak berpunya diperlakukan apa saja….  Di mana mereka? Diam, membisu, terlena dan kekenyangan…. atau sibuk bertarung dengan penyakit, kekalutan dunia, ketipisan peluang dan ruang. Mungkin juga sibuk untuk merebut tampuk kekuasaan dahulu, insyaAllah bila berjaya nanti, akan kami bela dan angkat semua martabat kamu juga… Dengar sajalah apa nak buat, kitakan golongan yang tidak membina apa-apa status…..

 

Firman Allah bermaksud, `Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang berpaling dari memperjuangkan agamaNya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum (golongan) yang lain yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah (bukan status quo) diberikanNya kepada siapa yang dikendakiNya dan Allah luas pemberianNya, lagi Maha Mengetahui.  al-Maedah 54.

 

 

Tidak ada status quo dalam perjuangan Islam kepada mana-mana kelompok atau bangsa, jika kamu tidak beriman dan meninggalkan seruan jihad pasti Allah akan menggantikan dengan kelompok yang lain. Inilah janji Allah yang akan terus berlaku dan berjalan sehingga hari pengadilan. Sekian dahulu untuk pertemuan kali ini, semoga diberikan taufiq dan kekuatan kepada golongan ummah yang bermuafaqat memperjuangkan kedaulatan ummah! Dari -Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``

 

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

 

 

Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 1504, Lorong Hj Abdullah Lebai Mat, Pongsu Seribu 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

 

view:  normal / recent topics
Welcome TopicsPostsLast updated
Folder

General Discussion


00
-

Selamat Datang

ASY-SYAKIRIN CATERING

Sedia Menerima Tempahan Jamuan Untuk Pelbagai Majlis

  • Pelbagai citarasa masakan
  • Khemah serta kerusi meja
  • dll

Hubungi segera ditalian:

 012-4309860

(En. Juhari Ismail)

 

012-5584107

(En. Taqiyudin)

Ingin Membuat Amal Jariah?

Anda ingin memberi sumbangan ?
Sumbangan anda boleh dibank in terus ke

Akaun Surau Asy-Syakirin

Nama Akaun Bank : Bank Islam
Cawangan Bank : Kepala Batas, Pulau Pinang
No akaun semasa :

0704301-1011113

Newest Members

mukhtarhashim 

Recent Blog Entries

by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments

Upcoming Events

Thursday, Jan 7 at 7:30 pm
Sunday, Jan 10 at 8:00 pm
Wednesday, Jan 13 at 8:00 pm
Friday, Jan 15 at 7:30 pm

Recent Photos

Recent Videos

No new videos