Surau Asy-Syakirin Bdr. Perdana

Seksyen 8, Sg. Petani

                           AHLAN WAH SAH LAN

                                

 Syukuran dan Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah s.w.t maka akhirnya, kami warga Surau Asy-Syakirin Bandar Perdana Seksyen 8, Sg. Petani berjaya menghasilkan laman web sendiri seiring dengan pencapaian global dalam era pembangunan ICT ketika ini.
Dengan ini, sebagai wadah atau medium untuk Asy-Syakirin menghebahkan aktiviti dakwah kepada umum adalah objektif utama dan melalui laman web ini juga kami dapat berhubung secara digital dalam usaha untuk mengimarahkan aktiviti surau kami dengan muslimin diluar sana, insyallah.
    Sedaya upayanya juga kami akan memuatkan bahan kuliah oleh penceramah-penceramah yang telah kami programkan. Semoga usaha kami ini akan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. 
   Oleh kerana laman web kami ini masih diperingkat permulaan, kami senantiasa berharapkan sebarang komentar daripada mana-mana pihak untuk memurnikan lagi laman web kami  bersama serta berkongsi bahan-bahan ilmiah terutamanya skop fikrah islamiah yang sejati, insyallah
    Kecemerlangan Ummah adalah daripada pembangunan Jiwa yang sentiasa menyinarkan Syiar serta Keilmuan Islam.  
                                                           

Wallahualam 

En. Juhari bin Ismail
Pengerusi Surau Asy-Syakirin
2007-2009
...

                         AJK SURAU ASY-SYAKIRIN

 

                     Biro-Biro Surau Asy-Syakirin

  1. Biro Penyelenggaraan & Peralatan
  2. Biro Dakwah
  3. Biro Ekonomi
  4. Biro Pembangunan
  5. Biro Kebajikan, Sosial dan Remaja
  6. Biro Pendidikan
  7. Biro Wanita
  8. Biro Penerangan
  9. AJK Khairat Kematian

                        Sejarah Penamaan Surau

 Detik sejarah bagi penamaan nama surau Asy-Syakirin ini telah dimenterai atas satu buah fikiran yang mempunyai beberapa sebab dan makna oleh bekas pengerusi awal iaitu Cikgu Mukhtar B. Hashim pada 01 Julai 2003 yang lalu     
Cadangan dan penyataan beliau adalah seperti berikut :
     
       NAMA CADANGAN     : ASY-SYAKIRIN
       MAKSUD      : ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR        
RASIONAL     :         
   Sebutan dalam bahasa Arab dapat dikekalkan (Lughatul Arabiah). Jika nama yang dengan AL-, kadang-kadang orang akan meninggalkan sebutan ini dan terus kepada katanama  sahaja. Contohnya, AL-HIDAYAH (Petunjuk), boleh disebut sebagai HIDAYAH sahaja. 

Maksudnya tertumpu terus kepada insan. Ia boleh digolongkan sebagai katanama dan juga katasifat.  “ASY-SYAKIRIN” sebagai katanama. 
 
   “ASY-SYAKIRIN” sebagai katasifat iaitu menggambarkan sifat insan yang akan memakmurkan surau ini sebagai orang-orang yang bersyukur kepada nikmat Allah s.w.t. Semoga kita semua tergolong ke dalam orang-orang yang bersyukur. 
 
  Nama-nama lain yang menggunakan nama Allah dan sebagainya sudah terlalu banyak dan biasa (common). Contohnya: 
 5.1 AL-FALAH                 5.2 AL-ISLAH
 5.3 AL-HIDAYAH             5.4 AR-RAHMAN                                                           5.5 AR-RAHIM                5.6 AL-MUKMIN
 5.7 AL-IHSAN                 5.8 AL-IKHLAS
 5.9 AL-MUKTADIN
 Nama-nama lain kebanyakkannya menggunakan kata Nama atau katasifat sahaja.

              Sejarah Pembinaan Surau Asy-Syakirin

   Bandar Perdana Fasa 2 yang bermula dengan Seksyen 8 ini telah mula diduduki sejak akhir  tahun 2002. Ketika itu jumlah bilangan keluarga Islam yang masih kecil telah bertukar  semakin besar pada awalan tahun 2003. Jumlah keluarga Islam yang dikenal pasti ketika itu  pada sekitar Januari  2003 adalah hampir 30 buah keluarga.
Atas kesedaran dan kefahaman dalam ertikata ingin mengujudkan unsur ukhuwah dan inginkan kesatuan yang lebih utuh, terutamanya antara sesama Islam, penduduk awal Islam ketika itu telah mengambil usaha inisiatif bagi mengujudkan satu kawasan agar solat berjemaah antara penduduk Islam dapat dilaksanakan seawal yang mungkin. Lantaran dari itu atas kata sepakat  yang telah dicapai antara beberapa orang penduduk awal Islam ketika itu, telah memutuskan  satu tempat khas bagi solat jemaah dapat diadakan.
     Tindakan awal oleh Pengerusi Ad-Hoc Penduduk Bandar Seksyen 8 Fasa 2 En. Ahmad Syukri B. Abd. Rahman telah menyuarakan suara penduduk ketika itu berkenaan dengan dua perkara utama kepada Pengurus Besar Sin Yik Development Sdn. Bhd iaitu syarikat pemaju Bandar Perdana Dua perkara tersebut adalah berkenaan dengan Surau Penduduk Bandar Perdana dan Tanah Perkuburan bagi penduduk islam untuk dipertimbangkan melalui satu surat rasmi yang bertarikh 10 Mac 2003.
      Berkat kesabaran dan ketabahan penduduk Islam ketika itu, pihak pemaju telah bersetuju  meminjamkan salah satu rumah binaan mereka yang bertempat di alamat No.448 Jln Perdana 8/3 untuk dijadikan sebagai surau sementara. Bermula dari tarikh surat kelulusan tersebut iaitu 11 Jun 2003,  (Ruj : SYD/3/Ph2/8/02) maka penduduk islam telah menggunakan rumah tersebut sebagai  sementara walaupun segala perbelanjaan lain seperti air dan elektrik ditanggung sendiri oleh  ketika itu.  
Kini setelah hampir 2 tahun, hanya dengan keluasan yang terhad dan kedudukan yang agak  strategik, surau sementara kami ini telah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti keislaman seperti lain-lain surau. Antaranya Kuliah Agama, Majlis Korban, Pengurusan jenazah, Solat Terawikh di bulan Mubarak dan pelbagai lagi.  

Selamat Datang

ASY-SYAKIRIN CATERING

Sedia Menerima Tempahan Jamuan Untuk Pelbagai Majlis

  • Pelbagai citarasa masakan
  • Khemah serta kerusi meja
  • dll

Hubungi segera ditalian:

 012-4309860

(En. Juhari Ismail)

 

012-5584107

(En. Taqiyudin)

Ingin Membuat Amal Jariah?

Anda ingin memberi sumbangan ?
Sumbangan anda boleh dibank in terus ke

Akaun Surau Asy-Syakirin

Nama Akaun Bank : Bank Islam
Cawangan Bank : Kepala Batas, Pulau Pinang
No akaun semasa :

0704301-1011113

Newest Members

abufatin@yahoo.com 

Recent Blog Entries

by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments
by Surau Asy Syakirin | 0 comments

Upcoming Events

Thursday, Jan 7 at 7:30 pm
Sunday, Jan 10 at 8:00 pm
Wednesday, Jan 13 at 8:00 pm
Friday, Jan 15 at 7:30 pm

Recent Photos

Recent Videos

No new videos